Penolakan Tuntutan

Bahasa / English

Smartgenie.com & SmartGenie aplikasi mudah alih (selepas ini dirujuk sebagai “SmartGenie”) adalah laman web & aplikasi perbandingan produk kewangan bebas. SmartGenie BUKAN pembekal perkhidmatan kewangan, dan tidak boleh memberikan nasihat kewangan secara langsung.

Kandungan dalam www.SmartGenie.com & aplikasi mudah alih SmartGenie disediakan  dalam keadaan “sebagaimana adanya” untuk tujuan maklumat umum sahaja. Kandungan tersebut tidak membentukkan sebarang nasihat dan tiada mana-mana bahagian kandungan merupakan tawaran terbuka yang mampu membentuk asas kontrak. Walaupun SmartGenie berusaha untuk memastikan maklumat di laman web dan/atau aplikasi mudah alihnya adalah tepat dan terkini bedasarkan pengetahuan terbaiknya, SmartGenie tidak mewakili, memberi waranti atau menjamin bahawa apa-apa yang ditulis di sini adalah sepenuhnya tepat, lengkap, memadai, sesuai, tepat pada masanya, atau berkaitan untuk penyelesaian apa-apa masalah yang pelawat-pelawat mungkin ada. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, dengan tegasnya sebarang penggunaan atau pergantungan oleh pelawat-pelawat tentang segala maklumat yang terdapat di Laman Web atau Aplikasi SmartGenie   adalah pada risiko pelawat-pelawat sendiri dan setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang, SmartGenie menafikan sebarang dan semua waranti, nyata atau tersirat, termasuk kualiti boleh dagang atau kesesuaian untuk tujuan tertentu, berkenaan dengan penerbitan kandungan ini.

SmartGenie mungkin kadang-kala memasukkan kenyataan-kenyataan, pendapat-pendapat atau pandangan-pandangan daripada pihak-pihak ketiga. Walaupun SmartGenie mungkin membuat rujukan kepada pembekal perkhidmatan, produk atau perkhidmatan tertentu dengan namanya, rujukan tersebut bukan pengendorsan atau cadangan daripada SmartGenie. SmartGenie menafikan sebarang dan semua liabiliti atau tanggungjawab untuk apa-apa kesilapan, ketidaktepatan, ketinggalan, pengeliruan atau kandungan berunsur fitnah yang boleh dikaitkan dengan pihak ketiga. Sebagai seorang pelawat atau pengguna berdaftar SmartGenie, anda tidak seharusnya bergantung kepada mana-mana kandungan di sini tanpa terlebih dahulu mendapatkan nasihat kewangan daripada pakar profesional.

Nama-nama produk, logo, jenama dan tanda dagangan yang dirujuk dalam Laman Web atau Aplikasi SmartGenie adalah hak milik pemegang cap dagangan masing-masing. Pemegang-pemegang cap dagangan ini tidak bersekutuan atau tidak berkaitan dengan SmartGenie atau Laman Web dan/atau Aplikasi SmartGenie dan mereka tidak menaja atau mengendorskan bahan-bahan kami.

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, SmartGenie secara khususnya menafikan liabiliti untuk apa-apa kerugian atau kerosakan walau sebagaimana timbul daripada penggunaan Laman Web atau Aplikasi SmartGenie atau sebarang maklumat atau perkhidmatan yang disediakan melalui Laman Web atau Aplikasi SmartGenie. SmartGenie mempunyai hak untuk mengemaskini, meminda atau mengubah kandungan Laman Web atau Aplikasi SmartGenie tanpa notis.

 

Dasar Privasi & Perlindungan Data Peribadi SmartGenie

-Smartgenie.com dan aplikasi mudah alih SmartGenie (“Laman Web dan/atau Aplikasi SmartGenie “) memandangi dan melayani Data Peribadi anda dengan serius.

Untuk membolehkan kami menyediakan maklumat dan tawaran yang terbaik untuk produk-produk kewangan, kami, Insuradar Sdn. Bhd. (“Insuradar”, “SmartGenie”, atau “kami”) akan memproses Data Peribadi anda apabila anda mendaftar di laman web dan/atau aplikasi mudah alih kami, SmartGenie. Oleh itu, kami telah mengumpulkan Dasar Privasi dan Notis yang membimbing tentang cara-cara SmartGenie mengumpul, merekod, memegang, mendedahkan, memindahkan dan menyimpankan Data Peribadi anda. Semua aktiviti ini penting untuk perniagaan kami supaya kami dapat memberi perkhidmatan baik ini dengan percuma untuk anda gunakan.

Dengan mengakses laman web dan/atau aplikasi mudah alih kami untuk mendapatkan perkhidmatannya, anda dengan ini membenarkan pemprosesan Data Peribadi anda (jika diberikan oleh anda) mengikut syarat Dasar Privasi & Perlindungan Data Peribadi ini oleh kami dan semua orang yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan kami.

“Data Peribadi” yang anda memberikan kepada kami termasuk, antara lain, nama anda, maklumat untuk perhubungan, alamat, alamat e-mel, Data Komputer (seperti yang ditakrifkan selepas ini) nombor kad pengenalan atau nombor pasport, maklumat akaun bank, butiran cukai pendapatan, butir-butir pekerjaan dan sejarah termasuk butir-butiran semasa dan sebahagian pendapatan, status perkahwinan, jantina, kewarganegaraan, pilihan peribadi, butiran kanak-kanak, butiran pasangan atau ahli keluarga anda, nama ahli keluarga dan bagaimana kaitan termasuk butiran peribadi dan butiran saudara-saudara, pengarah syarikat, pegangan saham syarikat, aset-aset dan liabiliti-liabiliti, status kewangan, pemilikan harta benda, penglibatan dalam prosiding undang-undang termasuk butiran prosiding undang-undang, kesolvenan [keadaan fizikal atau mental, pendapat-pendapat politik, kepercayaan-kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang serupa, komisen atau dakwaan pelakuan kesalahan] dan semua maklumat berkaitan lain yang diperlukan dan bersampingan dengan perkhidmatan kami yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, digunakan dan dimiliki oleh kami dari semasa ke semasa.

Sila luangkan sedikit masa untuk membaca Dasar Privasi dan Notis kami supaya anda memahami hak-hak anda mengenai perkara ini.

 

Maklumat Am:
SmartGenie melindungi maklumat peribadi anda dengan mematuhi peraturan perundangan mengenai perlindungan data peribadi di Malaysia, iaitu Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), yang berkuatkuasa pada 15 November 2013. Pernyataan dasar ini menunjuk bagaimana SmartGenie mengumpul dan menggunakan data peribadi anda, dan memaklumi anda tentang langkah-langkah perlindungan data peribadi yang telah kami sediakan. Apabila menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan pengumpulan, pemindahan, manipulasi, penyimpanan, pendedahan dan pengunaan lain maklumat anda hanya seperti yang diterangkan dalam Dasar Perlindungan Data Privasi dan Peribadi ini.

Data yang boleh dikumpul oleh SmartGenie:
Melainkan anda telah mendaftar untuk perkhidmatan dalam talian dari SmartGenie, anda akan melayari laman web dan/atau aplikasi mudah alih ini atas dasar tanpa nama (anonymity). Kami tidak mengumpul maklumat peribadi jika anda melayari hanya laman web dan/atau aplikasi mudah alih ini. Untuk mengakses perkhidmatan kami, atau memproses transaksi antara anda dan pihak ketiga, kami mungkin meminta maklumat peribadi seperti nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel atau Nombor Kad Pengenalan dan maklumat lain untuk membolehkan anda dikenal pasti.

Senarai Data Peribadi yang dinyatakan di atas adalah tidak lengkap dan boleh termasuk data peribadi lain bergantung kepada jenis urus niaga atau transaksi. Permintaan untuk data peribadi yang lain akan ditunjukkan dalam borang yang relevan yang perlu anda isikan, bergantung kepada jenis urus niaga atau transaksi, dan yang mana anda perlu memberi persetujuan sebelum kami memprosesnya.

SmartGenie mengumpul maklumat peribadi daripada anda hanya apabila anda memilih untuk mendaftar dan/atau menggunakan perkhidmatan kami, contohnya, antara lain, semasa proses memohon produk kewangan terperinci di laman web dan/atau aplikasi mudah alih kami. Maklumat peribadi ini merangkumi maklumat yang disampaikan kepada kami apabila anda secara sukarela melengkapkan borang permohonan yang dipaparkan di laman web kami dan/atau aplikasi mudah alih yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda. Dengan pembekalan maklumat peribadi secara sukarela, anda beraku janji untuk menyampaikan maklumat yang tepat yang tidak membawa apa-apa prejudis kepada kepentingan mana-mana pihak ketiga.

Bagaimana SmartGenie menggunakan data anda:
Data Peribadi anda yang dikumpul oleh SmartGenie membolehkan kami memproses transaksi yang diperlukan berkaitan dengan perkhidmatan kami yang telah anda pilih. Setelah memberikan kami persetujuan, kami boleh mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan berikut, bergantung kepada sifat hubungan kami dengan anda:

  • Merujuk anda kepada produk kewangan, dan/atau institusi kewangan (atau wakil mereka yang diberi kuasa) yang ditentukan oleh anda semasa mengisi borang permohonan di laman web/aplikasi mudah alih kami; dan/atau
  • Untuk membolehkan anda mengakses dan menggunakan perkhidmatan SmartGenie; dan/atau
  • Untuk memperibadikan dan meningkatkan aspek perkhidmatan keseluruhan kami kepada anda dan pengguna kami yang lain, serta menjalankan penyelidikan seperti menganalisis trend pasaran dan demografi pelanggan; dan/atau
  • Untuk berkomunikasi dengan anda supaya dapat mengesahkan maklumat peribadi yang disediakan, atau untuk meminta sebarang maklumat tambahan yang penting untuk memuaskan perkhidmatan yang anda telah pohon; dan/atau
  • Untuk menghantar maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang kami fikir mungkin menarik minat anda; dan/atau
  • memberi balasan kepada pertanyaan dan permintaan anda; dan memberi balasan kepada aduan; dan/atau
  • menguruskan infrastruktur dan operasi perniagaan kami dan mematuhi dasar dan prosedur dalaman kami; dan/atau
  • mengesahkan identiti anda; dan/atau
  • melindungi dan menguatkuasakan hak dan kewajipan kontraktual dan undang-undang kami; dan/atau
  • menjalankan audit, ulasan dan analisis proses dalaman kami, perancangan tindakan dan menguruskan risiko komersial; dan/atau
  • mematuhi mana-mana undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan, kod amalan atau garis panduan atau untuk membantu penguatkuasaan undang-undang dan penyiasatan oleh pihak berkuasa yang berkenaan; dan/atau
  • untuk meningkatkan kecekapan dan menyesuaikan pengalaman pengguna anda dengan laman web dan chatbot kami; dan/atau
  • untuk memproses permohonan anda untuk perkhidmatan langganan talian; dan/atau
  • untuk mengekalkan akaun anda dengan kami; dan/atau
  • untuk mengesahkan dan memproses maklumat dan pembayaran peribadi anda berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan langganan dalam talian kepada anda; dan/atau
  • untuk memberi anda perkhidmatan yang telah anda daftar untuk; dan/atau
  • untuk memberi anda produk yang telah anda bayar; dan/atau
  • untuk memaklumkan anda perkhidmatan atau pengumuman produk terbaru SmartGenie dan acara akan datang; dan/atau
  • menyelesaikan aduan dan pengendalian permintaan dan pertanyaan; dan/atau
  • menjalankan penyelidikan pasaran untuk statistik, profiling dan analisa statistik untuk peningkatan perkhidmatan yang diberikan kepada anda; dan/atau
  • untuk menghantar notis, e-mel, surat atau perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) penting, seperti komunikasi mengenai pembelian dan perubahan kepada terma-terma, syarat-syarat dan dasar-dasar SmartGenie; dan/atau
  • untuk berkongsi Data Peribadi anda dengan pembekal pihak ketiga untuk tujuan (tetapi tidak terhad kepada) pemenuhan pesanan pelanggan, pemprosesan dan penghantaran produk kewangan kepada anda; dan/atau
  • bagi mana-mana tujuan yang berkaitan dengan perkara di atas.

Semua peruntukan data peribadi adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda membuat keputusan untuk tidak memberikan kami data peribadi anda, kami mungkin tidak dapat memberikan anda produk-produk / perkhidmatan-perkhidmatan yang diminta, oleh itu mungkin, dalam keadaan tertentu, mempengaruhi hubungan perniagaan kami dengan anda.

Anda dengan ini bersetuju dan memahami bahawa pengumpulan dan pemprosesan Data Peribadi anda oleh SmartGenie tidak terhad kepada memudahkan pembelian produk kewangan tunggal. Tujuan pengumpulan, pengekalan dan pemprosesan Data Peribadi adalah ke arah perkongsian / pembantuan SmartGenie dalam perjalanan kewangan anda. Untuk membantu anda dengan produk kewangan lain pada masa hadapan, kami akan menyimpan data anda walaupun transaksi anda telah selesai. Dengan mengisi Data Peribadi anda di laman web dan/atau aplikasi mudah alih kami, anda secara nyata bersetuju untuk penyimpanan data anda. Sekiranya anda tidak ingin membenarkan Data Peribadi anda di laman web dan/atau aplikasi mudah alih kami, anda boleh menarik diri dengan menghubungi Pegawai Privasi kami yang dinyatakan pada akhir Dasar dan Notis ini.

Kesan Kegagalan Penyediaan Data

Semua peruntukan data peribadi adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, kegagalan untuk membekalkan Data Peribadi mungkin menjejaskan keupayaan kami untuk memberikan perkhidmatan pengalaman pengguna secara optimum kepada pengguna berdaftar kami. Di samping itu, kegagalan untuk menyediakan Data Peribadi penting tertentu boleh mengakibatkan kami tidak dapat memberikan anda perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau produk-produk yang telah anda pilih.

Pendedahan Data Peribadi

Data Peribadi yang diberikan kepada kami pada umumnya akan dirahsiakan tetapi anda dengan ini memberi persetujuan dan memberi kuasa kepada kami untuk menyediakan atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada kategori pihak-pihak yang berikut:

  1. mana-mana orang atau pihak berkuasa di mana kami terpaksa atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang, perintah mahkamah atau sebagai maklum balas kepada agensi yang kompeten atau agensi kerajaan;
  2. mana-mana institusi kewangan yang berkaitan atau bank yang menyediakan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan kewangan yang dirujuk kepada mereka oleh kami atau yang dipaparkan di laman web dan/atau aplikasi mudah alih kami;
  3. rakan-rakan kongsi perniagaan kami dan sekutu dalam talian yang menyediakan perkhidmatan yang telah anda pilih atau perkhidmatan atau produk yang berkaitan dengan laman web dan/atau aplikasi mudah alih kami termasuk, tetapi tidak terhad kepada firma-firma penyelidikan pasaran, entiti pemasaran pihak ketiga, entiti yang terlibat dalam perkhidmatan berkaitan industri kewangan, telekomunikasi, teknologi dan kereta;
  4. ahli-ahli syarikat Kumpulan kami dan sekutu mereka;
  5. agensi-agensi kerajaan dan pengawal-pengawal selia industri;
  6. juruaudit-juruaudit, perunding-perunding, akauntan-akauntan, peguam-peguam atau penasihat-penasihat kewangan atau profesional yang lain; dan
  7. subkontraktor-subkontraktor atau penyedia-penyedia perkhidmatan pihak ketiga atau produk yang kami menentukan sekiranya diperlukan atau sewajarnya.

 

Pengekalan Data Peribadi:
Maklumat yang dikumpulkan akan disimpan dalam tempoh yang diambil untuk memenuhi pelbagai tujuan yang digariskan dalam Dasar Privasi ini melainkan jika tempoh penyimpanan yang lebih panjang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang. Dalam tempoh ini, SmartGenie adalah komited kepada segala usaha yang munasabah dan langkah yang praktikal untuk memastikan bahawa data yang dikumpulkan akan dilindungi daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses tidak sengaja, pendedahan, pengubahan atau pemusnahan yang tidak dibenarkan. Kami beraku janji untuk melindungi kerahsiaan data anda menurut tujuan yang ditetapkan dalam dasar ini, dan dengan ini memastikan privasi data anda. Kami akan memastikan bahawa data peribadi anda dipadamkan secara kekal sebaik sahaja ia tidak lagi diperlukan untuk memenuhi tujuan asalnya dan apa-apa tujuan sampingan lain yang telah anda persetujui dalam dasar ini, atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

 

Mengakses Data dan memastikan ketepatan:
SmartGenie mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan maklumat anda tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan sentiasa terkini, selaras dengan tujuan maklumat-maklumat tersebut dikumpulkan.

Sila tulis kepada kami melalui butiran kenalan yang disediakan dalam polisi privasi ini jika anda ingin mengakses atau membetulkan maklumat peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini. Kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk menampung permintaan untuk akses dan perubahan maklumat. Begitu juga, sila hubungi kami sekiranya anda ingin menarik balik persetujuan untuk menggunakan maklumat peribadi anda.

Memastikan anda dimaklumkan:
Anda bersetuju bahawa kami berhak untuk memberi nasihat kepada anda melalui e-mel, pos, telefon atau teks mengenai produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan tawaran-tawaran lain yang kami fikir akan menarik minat anda.

Apabila anda memberikan maklumat peribadi kepada kami, kami akan memberi anda peluang untuk memberitahu kami bahawa anda tidak bersetuju dengan kami dan orang lain menggunakan dan berkongsi maklumat anda untuk tujuan pemasaran. Kecuali anda memberitahu kami sebaliknya, anda dianggap bersetuju dengan penggunaan sedemikian.

Sebarang komunikasi pemasaran elektronik yang kami hantar akan merangkumi arahan yang jelas dan ringkas untuk diikuti sekiranya anda ingin memberhentikan langganan pada bila-bila masa.

Jika anda:

  • tidak lagi mahu dihubungi oleh kami;
  • ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang cara untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda;
  • ingin mengakses atau membetulkan data peribadi anda;
  • mempunyai pertanyaan lanjut; atau
  • ingin membuat aduan berkenaan dengan data peribadi anda,

anda boleh memaklumi kami pada bila-bila masa dengan menghubungi Pegawai Privasi Data SmartGenie

Alamat:
Unit No 23-5, Tingkat 23 Q Sentral,
Jalan Stesen Sentral 2,
KL Sentral,
50470 Kuala Lumpur, Malaysia
E-mel: [email protected]
Tel: +60 322 7647 74

Anda juga boleh meminta kami pada bila-bila masa untuk berhenti menyampaikan maklumat anda kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran, yang akan kami lakukan.

Pembekal pihak ketiga dan privasi data:
Sekiranya anda membuat keputusan untuk menandatangani kontrak dengan pembekal pihak ketiga menerusi Laman Web dan/atau aplikasi mudah alih ini, maklumat yang anda berikan kepada kami bersama-sama dengan apa-apa maklumat lanjut yang diminta atau yang dibekalkan oleh anda atau kami kepada pembekal pihak ketiga akan dipegang oleh pembekal tersebut untuk tujuan yang telah dinyatakan dalam dasar privasi pembekal tersebut. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membaca polisi privasi pembekal yang dipililh oleh anda dan memastikan anda berpuas hati dengan tujuan penggunaan maklumat peribadi anda oleh pembekal tersebut sebelum memasuki kontrak. Kami tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab atau liabiliti untuk pengunaan maklumat peribadi anda oleh pembekal.

Maklumat Pihak Ketiga yang disediakan:
Berhubungan dengan data peribadi pihak ketiga seperti pasangan anda dan/atau mana-mana ahli keluarga anda dan/atau para pengarah dan/atau pemegang saham syarikat anda yang telah anda berikan kepada kami, anda memberi waranti bahawa anda telah memperoleh persetujuan mereka untuk membenarkan kami memproses data peribadi mereka dan anda akan menasihati mereka supaya merujuk kepada Dasar Perlindungan Data Peribadi kami.

Pemindahan & Perkongsian Data:
Di mana kami beranggap perlu atau sesuai untuk tujuan penyimpanan atau pemprosesan data atau membekalkan sebarang perkhidmatan atau produk oleh kami bagi pihak anda, kami mungkin memindahkan Data Peribadi anda kepada ahli lain syarikat Kumpulan kami atau perkhidmatan pihak ketiga atau pembekal-pembekal produk di dalam atau di luar negara di mana kita ditubuhkan, di bawah syarat-syarat kerahsiaan dan tahap perlindungan keselamatan yang serupa.

Pengumpulan Data Komputer yang tidak semestinya Data Peribadi:
Apabila anda melawati SmartGenie, server-server web kami secara automatik akan mencatat maklumat yang dihantar oleh pelayar web anda setiap kali anda melawat laman web. Maklumat ini mungkin termasuk:

  • Alamat IP peranti anda
  • Jenis pelayar web
  • Kuki (“cookies”)
  • Tag Peristiwa GTM
  • Laman web yang anda lawati sebelum anda melawat laman web kami
  • Halaman dalam SmartGenie yang anda lawati
  • Masa yang dibelanjakan untuk halaman, produk dan maklumat yang dicari di laman web kami, waktu dan tarikh akses dan statistik lain

Maklumat ini dikumpul untuk analisis dan penilaian untuk membantu kami meningkatkan laman web dan produk kami. Maklumat tersebut boleh digunakan bersama dengan mana-mana Data Peribadi lain.

Melayari laman web & kuki (“cookies”):

 Cookies adalah fail teks yang sangat kecil dalam komputer anda. Cookies membantu kami untuk:

  • memahami tabiat layaran di Laman Web ini;
  • memahami bilangan pelawat ke Laman Web ini dan halaman yang dikunjungi; dan
  • mengingati anda apabila anda kembali ke Laman Web ini supaya kami dapat memberikan anda pengalaman pelayaran yang lebih baik.

Kami juga mungkin akan mengesan tingkah laku pengguna di laman webnya dengan menggunakan “Cookies” supaya SmartGenie boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produk serta untuk menyesuaikan pengalaman pengguna,

Pelawat laman web yang masih belum mendaftar sebagai pengguna kami atau belum log masuk sebagai pengguna akan dikesan secara tanpa nama (anonymous). Data yang dikumpul dari kesanan tersebut akan bersifat generik dan berkumpulan dan tiada data individu akan dikumpulkan daripadanya. Berhubungan dengan pengguna berdaftar, SmartGenie akan menggunakan cookies untuk mengumpul data berdasarkan pilihan pengguna kami dengan syarat cookies tersebut adalah bersifat selamat dan berdasarkan HTTP sahaja.

Jika anda telah menetapkan pelayar web anda untuk memberi amaran kepada anda sebelum menerima cookies, anda akan menerima mesej notis dengan setiap cookies. Anda boleh menolak penggunaan cookies dengan memilih untuk mematikannya dalam pelayar web anda, tetapi sila ambil perhatian bahawa dengan berbuat demikian, ini boleh menjejaskan keupayaan kami untuk memberikan pengalaman pengguna terbaik di laman web kami.

Mengunjungi Laman Web dan/atau aplikasi mudah alih kami dari Luar Malaysia:
Dasar dan Notis Privasi ini bertujuan untuk merangkumi pengumpulan maklumat di laman web & aplikasi mudah alih dari penduduk Malaysia. Jika anda melawat laman web & aplikasi mudah alih kami dari luar Malaysia, sila maklum bahawa maklumat anda mungkin dipindahkan ke, disimpan dan diproses di mana server kami berada. Perlindungan data dan undang-undang lain Malaysia mungkin tidak begitu komprehensif seperti yang ada di negara anda. Harap maklum bahawa kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan privasi anda dilindungi.

Konflik:
Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara Penyataan Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribadi SmartGenie (“Polisi”) dan Dasar Bahasa Malaysia yang berkaitan, terma dalam Dasar Bahasa Inggeris ini akan diguna pakai.

 

Syarat- Syarat Penggunaan

Umum

Dengan mengakseskan laman web ini (“Laman Web & Aplikasi SmartGenie “) dan menggunakan kandungannya, anda mengakui dan bersetuju bahawa anda telah membaca dan memahami syarat-syarat penggunaan berikut dan persetujuan anda tidak boleh dibatalkan. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan syarat penggunaan ini, anda tidak boleh menggunakan Laman Web atau Aplikasi SmartGenie. Seperti yang digunakan di bawah, istilah “SmartGenie” dan “kami” merujuk kepada “Insuradar Sdn Bhd”, “www.SmartGenie.com” & “aplikasi mudah alih SmartGenie” dan sekutunya.

Penggunaan Kandungan

Kandungan ini disediakan untuk memberi pemahaman umum sahaja. Pengeposan kandungan dan akses ke Laman Web SmartGenie atau aplikasi (“SmartGenie”) tidak membentuk, secara nyata atau secara tersirat, apa-apa penyediaan perkhidmatan atau produk oleh kami. Maklumat mengenai insurans am atau insurans hayat atau perkhidmatan am hanya disediakan oleh syarikat-syarikat afiliasi yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang penggunaan atau pergantungan oleh anda terhadap maklumat yang terkandung dalam laman web atau Aplikasi SmartGenie adalah atas risiko anda sendiri secara tegas.

Tiada Tawaran

Tiada maklumat di Laman Web SmartGenie atau Aplikasi adalah atau harus ditafsirkan sebagai tawaran atau permintaan untuk tawaran, untuk pelaburan, undang-undang, cukai, nasihat atau penglibatan lain dalam apa jua transaksi. Di mana ada keperluan, seorang profesional bebas perlulah dirujuk.

Tiada Kewajipan Untuk Mengemaskini

Semua kandungan di Laman Web SmartGenie atau Apps adalah diterbitkan pada tarikhnya sahaja. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemaskini atau meminda.

Hak Cipta

Semua kandungan laman web SmartGenie dilindungi oleh hak cipta dengan semua hak cipta terpelihara. Semua hak dalam halaman, kandungan dan susunan laman web dimiliki oleh SmartGenie dan/atau Kumpulan Syarikat SmartGenie masing-masing. Anda dilarang menyalin, mengubah suai, memaparkan, mengedar, menghantar, menghantar semula melalui penggunaan teknologi “merangka”, menerbitkan, menjual, melesenkan, membuat karya derivatif atau menggunakan sebarang kandungan laman web untuk sebarang tujuan tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada SmartGenie dan/atau rakan kongsi syarikat SmartGenie Group.

Tanda Dagangan, Tanda Perkhidmatan dan Logo (“Tanda”)

 Tanda dagangan, tanda perkhidmatan, nama dagang, reka bentuk, dan/atau sebarang tanda lain yang terdapat di Laman Web SmartGenie atau Apps adalah milik SmartGenie dan/atau rakan kongsi syarikat SmartGenie Group.

Anda dengan ini bersetuju tidak melakukan dan/atau memberi kuasa kepada mana-mana pihak ketiga untuk melakukan apa-apa perbuatan yang boleh atau mungkin merosakkan atau tidak konsisten dengan hak harta industri dan intelektual, termasuk, tanpa batasan, sebarang paten, pengetahuan, cap dagangan, tanda perkhidmatan, reka bentuk, hak cipta dalam lukisan, pelan, spesifikasi, reka bentuk dan perisian komputer yang terkandung dalam Laman Web SmartGenie atau Aplikasi.

Tiada Waranti

Semua kandungan di Laman Web atau Aplikasi SmartGenie , termasuk tetapi tidak terhad kepada grafik, teks dan hiperpautan atau rujukan kepada laman web lain, disediakan secara “sebagaimana adanya” tanpa apa jua jaminan, sama ada nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada waranti yang tersirat bagi kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, bukan pelanggaran dan kebebasan daripada virus komputer atau komponen-komponen berbahaya yang lain.

Kami tidak menjamin kecukupan, kesesuaian, ketepatan masa, ketepatan, kebolehpercayaan atau kesempurnaan mana-mana maklumat di Laman Web SmartGenie atau Aplikasi dan dengan jelasnya menafikan sebarang liabiliti untuk kesilapan atau peninggalan di dalamnya.

Kami tidak menjamin bahawa fungsi-fungsi Laman Web atau Aplikasi SmartGenie tidak terganggu dan/atau tidak mempunyai kesilapan, kecacatan tersebut akan dibetulkan atau SmartGenie Website atau Aplikasi atau server yang tersedia ada adalah bebas dari virus komputer atau komponen lain yang berbahaya.

Setiap usaha dibuat untuk memastikan Laman Web atau Aplikasi SmartGenie berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab untuk, dan tidak akan menerima liabiliti ke atas, perkhidmatan kami tidak tersedia buat sementara waktu disebabkan isu-isu teknikal atau sebarang sebab lain.

Batasan Liabiliti

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami dengan jelas menafikan apa-apa liabiliti, sama ada dalam kontrak, tort, liabiliti ketat (strict liability) atau sebaliknya, untuk apa-apa ganti rugi / kerugian yang bersifat langsung, tidak langsung, sampingan, berbangkit, punitif atau khas yang timbul daripada atau dengan apa-apa cara yang berkaitan dengan akses atau penggunaan anda atau ketidakupayaan untuk mengakses atau menggunakan Laman Web atau Aplikasi SmartGenie atau pergantungan pada kandungannya, atau penggunaan bahannya, atau apa-apa kegagalan prestasi, gangguan, kecacatan, kelewatan pemancaran, virus komputer atau komponen lain yang berbahaya, atau kegagalan talian atau sistem yang berkaitan dengan Laman Web atau Aplikasi SmartGenie, tanpa kira pengetahuan kami.

Hiperpautan and Rujukan dari Laman Web

Untuk kemudahan anda, hiperpautan tertentu atau laman web yang dirujukkan di Laman Web atau Aplikasi SmartGenie akan menghantar anda ke laman web pihak ketiga, yang umumnya diiktiraf oleh nama domain tingkat atas mereka. Kandungan mereka tidak disiasat atau dianalisis oleh kami, dan kami tidak menjamin kecukupan, kesesuaian, ketepatan, kebolehpercayaan atau kesempurnaan sebarang maklumat pada hiperpautan hyperlink atau laman web yang dirujukkan. Selanjutnya kami tidak mewakili, menjamin atau mengerenti bahawa hiperpautan atau laman web yang dirujukkan bebas dari virus dan dengan jelas menafikan sebarang liabiliti untuk apa-apa dan semua kandungan dan kerosakan yang terhasil daripada penggunaannya.

SmartGenie tidak bertanggungjawab atau tidak menerima liabiliti terhadap kandungan dalam mana-mana laman web yang dimiliki oleh pihak ketiga yang mungkin dihubungkan dengan hiperpautan laman webnya, sama ada hiperpautan itu disediakan oleh SmartGenie atau pihak ketiga.

Pengguna dan laman-laman web boleh memasukkan pautan ke laman web SmartGenie dengan merujuk kepada laman utamanya (www.SmartGenie.com) dan hanya jika perbincangan mengenai SmartGenie adalah benar dan tidak mengelirukan. SmartGenie tidak membuat apa-apa representasi tentang mana-mana laman internet lain yang anda boleh mengakses melalui laman web ini. Apabila anda mengakses laman internet bukan SmartGenie, sila fahami bahawa laman internet ini adalah laman secara bebas, dan SmartGenie tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan di laman internet ini. Di samping itu, pautan ke laman web bukan SmartGenie tidak menyiratkan bahawa SmartGenie menyokong atau sebaliknya menerima apa-apa tanggungjawab untuk kandungan, atau penggunaan laman web yang dipautkan.

Dengan mengakses Laman Web atau Aplikasi SmartGenie, anda juga bersetuju untuk mematuhi garis panduan proprietari yang ditetapkan di mana-mana laman web yang diakseskan atau dihubungkan melalui Laman Web atau Aplikasi SmartGenie.

Batasan Undang-Undang Tempatan

Laman Web atau Aplikasi SmartGenie tidak ditujukan kepada sesiapa dalam mana-mana bidang kuasa di mana (oleh sebab kewarganegaraan, kemastautinan atau sebaliknya) penerbitan atau ketersediaan Laman Web atau Aplikasi SmartGenie adalah dilarangkan. Sesiapa yang dilarang tidak harus mengakses Laman Web atau Aplikasi SmartGenie.

Hak Pemeliharaan

Kami memelihara hak untuk mengganti, mengubah, mengubah suai, menambah, atau membatalkan sebahagian terma-terma penggunaan ini pada bila-bila masa. Kami tidak mempunyai kewajipan untuk memberitahu atau memaklumkan anda secara terperinci apa-apa terma-terma yang dipinda, dan ia adalah kewajipan anda sendiri untuk meneliti syarat-syarat yang dipinda atas setiap akses.

Bidang kuasa, Keterasingan

Undang-undang Malaysia hendaklah mentadbir semua urusniaga dan diguna pakai untuk mentakrifkan semua maksud yang terma ini terpakai dan anda hendaklah menerima bidang kuasa mahkamah di Malaysia.

Apa-apa tindakan yang timbul daripada terma-terma ini atau Laman Web atau Aplikasi SmartGenie akan diambil tindakan undang-undang, dan hanya di mahkamah Malaysia, dan anda bersetuju untuk mengikut bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah itu dan selanjutnya, bersetuju bahawa mereka adalah bidang kuasa yang sesuai untuk anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertikaian, kontroversi atau tuntutan terhadap kami yang timbul daripada perkhidmatan kami, anda hendaklah memberitahu kami secara bertulis dan pihak-pihak akan cuba berunding dengan niat baik untuk menyelesaikan perkara itu dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas tarikh notis. Peruntukan notis tersebut dan rundingan berikutnya hendaklah menjadi syarat terdahulu terhadap apa-apa hak tindakan terhadap kami di Mahkamah atau selainnya.

Sekiranya ada mana-mana terma yang dianggap tidak boleh dikuatkuasakan,  sama ada salah di sisi undang-undang atau tidak sah, syarat-syarat yang lain akan terus berkuatkuasa dan tidak akan terjejas.

Tiada Maklumat Sulit

SmartGenie tidak mahu menerima maklumat sulit atau proprietari melalui Laman Web atau Aplikasi SmartGenie. Sila ambil perhatian bahawa sebarang maklumat atau bahan yang dihantar ke SmartGenie akan dianggap tidak sulit. Dengan menghantar maklumat atau bahan kepada SmartGenie, anda memberikan lesen yang tiada batasan dan tidak boleh dibatalkan untuk menggunakan, menghasilkan semula, memaparkan, melaksanakan, mengubah suai, menghantar dan mengedarkan bahan atau maklumat tersebut kepada SmartGenie. Anda juga bersetuju bahawa SmartGenie bebas menggunakan sebarang idea, konsep, pengetahuan atau teknik yang anda hantar kepada SmartGenie untuk sebarang tujuan.

Penafian

Tiada waranti tersirat atau nyata mengenai bahan-bahan di laman web ini. SmartGenie tidak memberi waranti atau representasi bahawa bahan-bahan dalam laman atau Aplikasi ini adalah betul, tepat, atau dipercayai. Anda menerima keseluruhan kos semua servis, pembaikan, atau pembetulan yang diperlukan oleh mana-mana peranti yang rosak disebabkan pengaksesan anda terhadap bahan-bahan internet yang terkandung dalam Laman Web atau Aplikasi SmartGenie. Penafian ini terpakai walaupun SmartGenie atau rakan kongsinya telah dinasihatkan mengenai kemungkinan kerosakan sedemikian.

Tiada Pergantungan

Walaupun SmartGenie menggunakan usaha yang munasabah untuk mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang dipercayai, SmartGenie tidak membuat representasi bahawa maklumat atau pendapat yang terkandung di Laman Web atau Aplikasi SmartGenie adalah tepat, boleh dipercayai atau lengkap. Maklumat dan pendapat yang terkandung dalam Laman Web atau Aplikasi SmartGenie adalah disediakan oleh SmartGenie untuk kegunaan / rujukan maklumat peribadi sahaja dan boleh diubah tanpa notis. Tiada apa-apa yang terkandung di Laman Web atau Aplikasi SmartGenie harus dianggap sebagai pelaburan, undang-undang, cukai atau nasihat lain dan anda tidak harus bergantung kepada maklumat tersebut dalam membuat pelaburan atau keputusan lain. Anda harus mendapatkan nasihat profesional yang relevan dan khusus sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Tanggungan Rugi secara umum

Anda hendaklah menanggung rugi dan mengelakkan kami daripada tanggungan rugi terhadap apa-apa liabiliti, tuntutan, tindakan, penalti, denda, pendakwaan, kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan apa-apa jua yang boleh dibuat terhadap dan /atau yang dialami atau disebabkan sama ada secara langsung atau tidak langsung atau bagaimanapun yang timbul daripada mana-mana pihak sekalipun yang disebabkan atau yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan kami.